Sunday, 14 October 2012
Peperiksaan Akhir Tahun Bermula
Hari ini 15 Oktober 2012(Isnin) peperiksaan akhir tahun bermula sehingga 19 Oktober 2012. Tahun 1 dan Tahun 2 sebenarnya tiada peperiksaan namun atas permintaan ibu bapa diadakan juga bagi menentukan kedudukan kelas dan pelajar terbaik dalam mata pelajaran. KSSR tahap pencapaian bergantung pada sejauh mana murid menguasai kemahiran berlandaskan  Band 1 hingga Band 6.
Thursday, 13 September 2012
UPSR 2012 SEMOGA CEMERLANG
Anak didik Tahun 6 SK Batu Kikir, selesai sudah perjuangmu semalam 13/09/2012(Khamis), usaha telah dilaksanakan sehabis mungkin, sekarang berserahlah Allah SWT dan berdoalah selalu semoga usaha itu membuahkan hasil cemerlang....insyaallah anda cemerlang...
Monday, 6 August 2012
KEPUTUSAN PRA UPSR MEMBERANGSANGKAN 19 DAPAT 5A
Seramai 19 orang murid telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan Pra UPSR yang lepas. Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat lebih-lebih lagi guru-guru tahun enam. Suntikan semangat dedikasi dan usaha tanpa jemu-jemu, insyaallah pasti akan membuahkan hasil peningkatan yang baik pada peperiksaan sebenar UPSR nanti.
UJIAN BULANAN DAN UJIAN PASCAPROTIM
Ujian PKBS bulan Ogos dan pascaprotim diadakan pada 6 Ogos 2012 hingga 10 Ogos 2012. Semua murid terlibat kecuali pra sekolah. Uian ini hanya melibatkan subjek-subjek teras sahaja. Selamat menjawab soalan walau pun dalam bulan Ramadhan, semoga cabaran ini memberikan impak bermakna kepada kita semua lebih-lebih lagi murid-murid tahun enam yang baru sahaja melalui PRA UPSR.
Thursday, 2 August 2012
CUTI BERGANTI SEMPENA HARIRAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 Tahun 2011: Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, KP(BPSH SPDK)201/005/02/Jid. 3 (25) bertarikh 31 Oktober 2011. Dalam surat siaran berkenaan, KPM tidak menyelaraskan cuti berganti bagi Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2012 kerana hari raya tersebut berada dalam Cuti Pertengahan Penggal 2, Tahun 2012.
Kementerian telah menerima permohonan daripada  pihak-pihak  tertentu
 supaya  sekolah-sekolah di  negeri Kumpulan B (Negeri-negeri yang hari hujung minggunya
hari Sabtu dan Ahad) diberi
cuti berganti pada hari Jumaat, 17 Ogos  2012. 
 Permohonan ini bertujuan  memberi keselesaan  dan kemudahan kepada semua
pihak untuk pulang menyambut
 Hari Raya Aidil Fitri yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012.
Justeru,  setelah  mempertimbangkan permohonan  tersebut,  pihak
 KPM
 telah bersetuju memberi kemudahan Cuti Berganti pada 17 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan,  pihak  sekolah   hendaklah   terlebih  dahulu  memohon   Cuti  Berganti
tersebut  kepada  Pendaftar  masing-masing untuk kelulusan.  Setelah  mengambil
 kira peristiwa-peristiwa penting dalam bulan September, maka pihak KPM mencadangkan supaya cuti tersebut digantikan pada hari Sabtu,
22 September 2012.
Tuesday, 31 July 2012
Jawatan Baru Suasana Baru
Terima kasih kepada Dato' Pengarah JPNS di atas kepercayaan mengisi jawatan baru di tempat baru ini. Sebagai langkah pertama tugasan ini dapatlah saya membina blogs ini demi merakam dan membangunkan segala urusan untuk kepentingan bersama lebih-lebih lagi memberi menafaat kepada Warga SK Batu Kikir, insyaallah.
Subscribe to:
Comments (Atom)