Monday, 6 August 2012
KEPUTUSAN PRA UPSR MEMBERANGSANGKAN 19 DAPAT 5A
Seramai 19 orang murid telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan Pra UPSR yang lepas. Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat lebih-lebih lagi guru-guru tahun enam. Suntikan semangat dedikasi dan usaha tanpa jemu-jemu, insyaallah pasti akan membuahkan hasil peningkatan yang baik pada peperiksaan sebenar UPSR nanti.
UJIAN BULANAN DAN UJIAN PASCAPROTIM
Ujian PKBS bulan Ogos dan pascaprotim diadakan pada 6 Ogos 2012 hingga 10 Ogos 2012. Semua murid terlibat kecuali pra sekolah. Uian ini hanya melibatkan subjek-subjek teras sahaja. Selamat menjawab soalan walau pun dalam bulan Ramadhan, semoga cabaran ini memberikan impak bermakna kepada kita semua lebih-lebih lagi murid-murid tahun enam yang baru sahaja melalui PRA UPSR.
Thursday, 2 August 2012
CUTI BERGANTI SEMPENA HARIRAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 Tahun 2011: Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, KP(BPSH SPDK)201/005/02/Jid. 3 (25) bertarikh 31 Oktober 2011. Dalam surat siaran berkenaan, KPM tidak menyelaraskan cuti berganti bagi Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2012 kerana hari raya tersebut berada dalam Cuti Pertengahan Penggal 2, Tahun 2012.
Kementerian telah menerima permohonan daripada pihak-pihak tertentu
supaya sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B (Negeri-negeri yang hari hujung minggunya
hari Sabtu dan Ahad) diberi
cuti berganti pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012.
Permohonan ini bertujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua
pihak untuk pulang menyambut
Hari Raya Aidil Fitri yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012.
Justeru, setelah mempertimbangkan permohonan tersebut, pihak
KPM
telah bersetuju memberi kemudahan Cuti Berganti pada 17 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak sekolah hendaklah terlebih dahulu memohon Cuti Berganti
tersebut kepada Pendaftar masing-masing untuk kelulusan. Setelah mengambil
kira peristiwa-peristiwa penting dalam bulan September, maka pihak KPM mencadangkan supaya cuti tersebut digantikan pada hari Sabtu,
22 September 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)