Sunday, 29 December 2013
PERINGATAN DARI PENGARAH JPNNS melalui SMS
Salam 1 Malaysia. Datin/Tuan/Puan. Sila ingatkan semua guru dan warga sekolah dengan kadar segera berkenaan perkara berikut; "Peringatan mengenai larangan guru dan warga pendidik menyertai perhimpunan 31 Disember. Sila patuhi pekeliling JPA(S)TT.71/140/(148) bertarikh 30 Jun 2011, LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DLM PERHIMPUNAN AWAM ATAU GERAKAN YG MENGANCAM KESELAMATAN NEGERA. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yg terlibat" dpd PENGARAH PENDIDIKAN, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Wednesday, 25 December 2013
PENGUMUMAN!!!
PINDAAN TARIKH MESYUARAT PERTAMA GURU, KURIKULUM, HEM, KO KURIKULUM SESI 2014
Kepada semua guru SKBK,
disebabkan beberapa perkara yang dapat dielakkan, mesyuarat tersebut yang dirancang pada awalnya selama 3 hari iaitu bermula pada 26, 27 dan 30 Disember 2013 telah terpaksa dipinda ke 30 Disember 2013( 1 hari) bermula jam 8.00pagi hingga 4.30petang.
Harap maklum dan maaf di atas segala kesulitan.
Terima kasih
Monday, 9 September 2013
KUNJUNGAN PENGARAH PENDIDIKAN JPNNS
Pn Hjh Kalsom bt Khalid, Pengarah JPNNS berkunjung ke SK Batu Kikir utk memberi semangat terakhir kpd murid2 Tahun 6 yg akan menduduki UPSR 2013. T/kasih puan di atas kunjungan semangat ni semoga kecemerlangan murid akan meningkat...insya Allah.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR
"Kuasa yang terkuat menentu kejayaan ada dalam dirimu..... apa dia .......iaitu kekuatan gambaran mental dan keyakinan" ........pecutan motivasi terakhir buat 105 orang anak didikku di SK Batu Kikir agar semangat membara berjuang mendapat kecemerlangan 'A' dalam semua subjek di peperiksaan UPSR pada 10, 11, & 12 September 2013 ...insya Allah.
(lihat dan renungkanlah video ini)
(lihat dan renungkanlah video ini)
Wednesday, 29 May 2013
BERTEMU KEMBALI BUAT SEKIAN LAMA
Hasrat di hati ingin senantiasa kemaskini blog ini sejak mula beroperasi, namun apakan daya..... Masih lagi menjalani fisioterapi di Kuala Pilah, seminggu sekali. Alhamdullillah ada beransur kurang namun nasihat pakar tersebut supaya jangan terlalu berkuat takut kecederaan akan bertambah. Kesempatan cuti persekolahan tiada program di rancang, hanya buat senaman ringan dan rehat di rumah saja.
Sunday, 17 February 2013
Monday, 4 February 2013
Semangat Luntur........
Tragedi awal cuti persekolahan bulan November 2012, ketika balik dari taklimat di PPDJJ menurun tangga ke tempat letak kereta, terdengar letupan patah di lutut kaki sebelah kiri. Mengeluh kesakitan namun cuba berdiri tegak masih boleh lagi kecuali ketika hendak membengkuk jalan terasa sakit. Di hati terdetik adakah mampu aku memandu pulang ke Melang. Alhamdullillah boleh menekan klach dan terus pulang namun bila sampai di rumah, aku tak mampu keluar dari kereta terpaksa meminta isteri dan anakku membantu.
Isteriku yang perihatin terus membawaku ke klinik pesakit luar K. Pilah untuk buat pemeriksaan. Pertama kali aku disuruh oleh doktor menaiki wheel-chair utk X-ray. Keputusan nya baik tiada yang patah mungkin otot atau urat atau legemen lutut cedera. Aku dibalut di lutut dengan bekalan ubat makan tahan sakit dan minyak sapu. Namun sakit terasa sehingga malam susah nak tidur dan begitu juga ketika hendak duduk buat kerja tak mampu apatah lagi ketika hendak sembahyang(duduk di kerusi saja)... aduh....semuanya menjadi tak kena......
Isteriku yang perihatin terus membawaku ke klinik pesakit luar K. Pilah untuk buat pemeriksaan. Pertama kali aku disuruh oleh doktor menaiki wheel-chair utk X-ray. Keputusan nya baik tiada yang patah mungkin otot atau urat atau legemen lutut cedera. Aku dibalut di lutut dengan bekalan ubat makan tahan sakit dan minyak sapu. Namun sakit terasa sehingga malam susah nak tidur dan begitu juga ketika hendak duduk buat kerja tak mampu apatah lagi ketika hendak sembahyang(duduk di kerusi saja)... aduh....semuanya menjadi tak kena......
Subscribe to:
Posts (Atom)